SeCaNgKiR MeSrA

MADAGASCAR OOO MADAGASCAR…

Posted on: November 29, 2008

dewimas.com

dewimas.com

Wafi tersenyum happy. Ceria betul pagi ni. Apa taknya..sejak cuti sekolah hingga hari ni asik berkurung kat rumah saja. Bila nak keluar main mesti ibu dan ayah tak beri. Bimbang kena culik la..takut ada orang jahat la..dan seribu satu macam bimbang lagi. Lebih-lebih lagi ibu..bimbangnya sangat luar biasa. Ibu kata tak macam zaman ibu kecik-kecik dulu..bebas lepas macam burung pun tak ada orang nak buat jahat. Ibu kata, zaman ibu kecik-kecik dulu..macam-macam permainan ibu main. Main parit la..main guli..main basikal..main sorok-sorok..main tembak-tembak..pendek kata memang seronok zaman ibu kecik dulu. Zaman dah berubah..dunia dah semakin maju..tapi nampaknya..akal sesetengah manusia ada yang semakin galak nak buat jahat. Jadi Wafi tak der pilihan..ibu kata adalah lebih elok wafi main dalam rumah saja…main apa lagi..PS PS PS..itu jer la..bosan!

Tapi pagi ni Wafi seronok sangat. Sejak malam tadi. Abang dan adik Wafi pun seronok jugak. Ibu dan ayah nak ajak tengok filem Madagascar 2 kat KLCC. Sambil jalan-jalan boleh la makan-makan. Tengok-tengok dunia luar..tak lah terperap saja kat rumah. Maklum saja ayah dan ibu sibuk bekerja. Ayah..walaupun sekolah bercuti..tak habis-habis dengan busy nya. Kursus itu lah..seminar sini lah..ibu pulak..biasalah keje office manalah boleh cuti sesuka hati..nanti kena buang keje pulak. Tapi hari ni memang best ayah dan ibu bercuti..boleh la kami sekeluarga jalan-jalan.

KLCC memang tak pernah surut dengan manusia. Riuh-rendah..bertali arus sini sana. Hari ni Selasa…kan hari bekerja. Tak paham..tak paham. Ramainya orang tak kerja hari ni. Ibu kata KLCC tempat mahal kalau nak shopping. Sehelai T-shirt Wafi ni pun boleh mencecah ratusan ringgit..tapi ibu kata tengok jenama la. Biarlah Wafi tak kisah. Mana la Wafi ada duit nak shopping kat sini. Wafi tengok biasanya ibu dan ayah shopping kat The Store dan Tesco saja. Wafi faham kedudukan ibu dan ayah. Tapi Wafi bersyukur dengan apa yang Wafi ada.

Show start jam 2.30 petang. Wafi memang tak sabar nak tengok filem Madagascar 2 ni. Filem yang pertama dulu memang best. Kelakar giler..tentu yang ke 2 ni lebih seronok lagi. Saat-saat yang dinantikan telah tiba-tiba…….jeng-jengggggg….it’s show time!
Terkekek Wafi ketawa suka. Abang dan adik Wafi pun sama. Gelagat si singa bernama Alex memang betul-betul mencuit hati. Begitu juga si kuda belang bernama Marty..si zirafah bernama Melmand dan si hippo betina bernama Gloria…tak kering gusi dibuatnya…lebih-lebih semasa mereka berjoget dan bergoyang-goyang…kih..kih…kih…tak tahan hati wafi bagai digeletek-geletek..kelakar giler tul. Happy sesangat.
Sedang Wafi terkekek-kekek ketawa…Wafi jeling kat ayah…..alamak…ayah sedang syok tidurrrrr rupanya…macam tak percaya!..erm tak apalah…kesian..ayah penat agaknya. Tapi walau apa pun..Wafi..abang..adik dan ibu sangat enjoy menonton filem ni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: