SeCaNgKiR MeSrA

CARA MENGELAKKAN DIRI DARIPADA TERTIPU DI INTERNET (SCAM)

Posted on: November 20, 2008

Kita sering terfikir-fikir bagaimana caranya mahu menambahkan pendapatan, bagaimana caranya nak jimat wang, bagaimana kita nak melabur dan sebagainya. Tetapi terfikirkah kita bagaimana kita mahu mengelakkan diri dari kerugian dan kehilangan duit. Maklum saja pengguna internet sering terdedah dengan berbagai skim pelaburan internet yang menjanjikan pulangan yang menguntungkan.

Ok…sekarang cuba kita ambil tips yang berguna dari Jutawan Internet Malaysia Dr. Irfan Khairi mengenai cara bagaimana nak elakkan diri dari tertipu di internet (SCAM). Beliau menggunakan formula NO SCAM.

N-O S-C-A-M

N bermaksud: NAME.

Siapakah nama di sebalik sesuatu pelaburan atau peluang perniagaan
tersebut. Sering kali, SCAM dilakukan oleh mereka yang suka menyorokkan identiti mereka. Jadi, pastikan anda ketahui nama
sebenar dan juga maklumat peribadi siapakah yang mengendalikan
sesuatu pelaburan atau peluang menjana pendapatan itu.

O bermaksud: OVER PROMISE.

OVER PROMISE. Pelaburan atau peluang yang menjana pendapatan yang
diberikan adakah ianya over promising? Atau janji yang lebih-lebih
dan tak masuk akal? Ketahui bahawa menjana pendapatan yang lumayan
bukanlah perkara yang mudah. Mana ada goyang kaki, duit masuk
(melainkan bisnes menjahit). Kebanyakan SCAM akan menipu mangsa
dnegan cara membuat janji-janji manis berlebihan, atau OVER PROMISE!

S bermaksud: SEARCH.

Internet penuh dengan maklumat-maklumat. Dan maklumat di Internet
bersebar dengan pantas. Oleh itu, apa kata anda menggunakan
kekuatan Internet ini untuk membuat sedikit research. Anda perlu
membuat SEARCH atau CARIAN, terutamanya di Google.com. Masuk
http://www.Google.com dan lakukan research dengan cara type nama
pemilik program tersebut. Atau, typekan nama syarikat. Atau type
nama program atau sistem yang digunakan.

Dengan hanya menggunakan SEARCH di google, anda pasti akan
mengetahui banyak maklumat-maklumat seperti pelanggan tidak berpuas
hati, dan sebagainya. Cara ini amatlah efektif, tetapi, sayangnya,
ramai yang terjerat dalam SCAM, salah diri juga kerana tidak
melakukan research, dengan hanya menggunakan SEARCH di GOOGLE.COM!

C bermaksud: CONTACT.

Pastikan anda mempunyai contact details lengkap syarikat atau
perniagaan tersebut. Sekali lagi, mereka yang melakukan SCAM suka
menyorok dan berselindung. Jarang sekali mereka dedahkan alamat,
nombor telefon, cara hubungi, dan lain-lain. Sekiranya ada, apa
kata anda cuba hubungi secara offline untuk memastikan kewujudan
CONTACT details mereka. Ingat, wang anda dalam keadaan bahaya
sekiranya tertipu. Oleh itu, apa kata usaha lebih sikit supaya tak
terjerat!

A bermaksud: ASK.

Tanya orang ramai. Tanya kenalan-kenalan dan tanya juga pakar-pakar industri!. Jangan hanya tanya kenalan yang mempromosikan sesuatu
program tersebut, kerana mungkin mereka juga tertipu dengan SCAM.
Tanya orang lain juga supaya kita lebih banyak maklumat tentang
sesuatu program sebelum melaburkan our hard earned money! Islam
juga menggalakkan kita banyak bertanya untuk mendapat ilmu.
Pastikan anda mempunyai ilmu supaya tidak tertipu. Tanya – tanya
dan tanya lagi!

M bermaksud: MAKE SURE!

Pastikan anda melakukan kesemua di atas! Ulang kembali langkah
N-O-S-C-A-M sehingga anda 100% berpuas hati dan rasa selamat dengan
pelaburan anda. Sering kali mereka yang terjerat dengan SCAM,
sebenarnya, sebelum menyertai telah ada “rasa tak sedap hati”.
Tetapi, sebabkan perasaan “ingin tahu” dan juga “cepat kaya”
memenangi diri, maka, kita pun tertumpas dengan janji-janji manis
SCAM.

Sekiranya anda tertipu dengan SCAM, bukan sahaja anda rugi
WANG. tetapi, anda juga akan rugi MASA dan USAHA anda dalam
memperolehi dan menjana wang tersebut! Dan yang penting juga, anda
akan rugi dan kehilangan keyakinan anda dalam memulakan perniagaan
dan pelaburan yang sebenar. Bila hilang keyakinan, self esteem akan
kurang, dan kita mula stress… harapnya tidak terjadi pada kita ok?
🙂

Baca kembali NO SCAM di atas dan fikirkan. Kalaulah semua kita
ikuti langkah-langkah ini, insyaallah tiadalah yang terjerat dengan
SCAM-SCAM yang berlaku keliling kita.

Bagi anda yang pernah terkena SCAM, apa kata anda rujuk semua di atas dan cuba jawab point-point di atas. Adakah anda melakukan segalanya sebelum
terkena SCAM tersebut?

* N – NAME
* O – OVER PROMISE
* S – SEARCH
* C – CONTACT
* A – ASK
* M – MAKE SURE!

http://www.rahsiainternet.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: