SeCaNgKiR MeSrA

TEKA-TEKI X BETUL

Posted on: November 10, 2008

A) Apa beza kacang panjang ngan seluar panjang ?
-Seluar panjang kalau dipotong jadi seluar pendek, tapi kacang panjang kalau dipotong tetap namanye kacang panjang…

B) Banyak-banyak mi, mi ape yang takleh di makan
-Misai

C) Batang ape yang kalau org pegang-pegang nanti kena gatal-gatal? -Batang Keladi

D) Bulan dan bintang… … … mana anak? mana bapak
-bulan dan ialah anak, tang tu ialah bapak… ( Bulandan bin Tang )

E) Ada orang ni nak naik bas.Dia ada 50 sen jer.Tambang bas ke tempat dia na pegi tu 60 sen.Camne dia nak pegi tempat tu?
-Dia buat muka seposen jek , 50 sen + 10 sen = 60 sen

F) Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi die nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok ape tumbuh dulu?
-Dua2 tak tumbuh pasal Pak Ali tanam separuh jek..

G) Burung ape yg boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk ?
-Penguin

H) Banyak2 katak, katak ape yg bole bercakap? -Katakanlahhhhhh… ..

I) Tersebut kisah,ada seorang wanita yg sarat mengandung dan nak beranak, lalu suami dia bawak le isteri tu ke hospital..lalu dia melalui FARM dan LOMBONG BIJIH TIMAH..lps tu anak dia lahir, dan dinamakan FATIMAH, kenapa?
-Sebab die dapat anak pompuan..huar..huar..huar..

J) Knaper penggali kubur, bile nak gali kubur, dia tak pakai spender?
-Takkan nak pakai spender, pakai cangkul ler…

K) 4 Soalan dgn satu jawapan :
(1) knape pencuri kena tangkap
(2) knape ubi jadi kayu
(3) knape gigi sakit
(4) knape org pompuan mengandung

-Sbb lambat cabut

L) Tempat apa ni… … peserta dia pakai uniform, selalu bertambah & tak akan berkurangan?
-Tempat Perkuburan… seram tak… hehhe

M) Badannya hijau, matanya merah dan berjalan mengundur, taik warna kelabu taik anjing. apa dia… ?
-Lingkaran nyamuk Shieldtox

N) Macammana nak pegi haji kalau duit tak de?
-Jangan isap rokok. Duit tu kalau kumpul sehari RM5, setahun dah RM 1,800.10 tahun dah dapat RM 18,000. Dah boleh pegi haji. ..hehehe..

O) Emak Si Katun ada 5 anak. Tuah, Jebat, Lekir, Lekiu. Yang ke 5 siapa?
-Si Katun ler… .hehehhe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: