SeCaNgKiR MeSrA

MUTIARA KATA

Posted on: November 10, 2008

MADAH PUJANGGA

Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk
bertindak.

Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain.

Esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini,
tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.

Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan
cemerlang.

Jatidiri seseorang itu kadangkala tidak terletak pada pujian semata-mata,
kadang-kala kejian juga.

Banyak perkara yang kita ingini, tidak semua yang akan kita dapat.

Sesuatu yang benar itu apabila dikehendaki batil, maka batillah jadinya.

Andai air usaha itu bisa kita teguk, teguklah sehingga ia kering dan basahan tawakkal bakal mendingin di ruang tekak.

Kadang-kadang sesuatu yang berharga itu kita sedari setelah ia meninggalkan kita, dan kala itu kita hanya pasrah.

Andai kau pernah menghirup madu, melihat damai dan merasa senang, ingatlah suatu masa nanti mungkin semua itu akan sirna.

Seorang yang tidak bersifat penyayang, tak akan dapat
menghasilkan karya yang terbaik.

Untuk mencicip kemanisan, perlu bermula dengan mengupas kepahitan.

Tiada yang paling bernilai pada sebuah kejayaan selain sebuku usaha.

Berbuat baik jangan sekali, buatlah berkali-kali.

Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia.

Kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis keseorangan diri.

Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang
mengiurkan.

Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak
cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud.

Sesuatu khayalan kadang-kadang menjadi realiti.

Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.

Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa.

Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.

Saya sayang awak, sukarkah untuk dilafazkan?.

Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam
ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka
merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?.

Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk
meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan.

Kekayaan boleh mengaburkan jalan yang jujur.

Tidak akan ada kemakmuran tanpa kasih sayang, Hanya mereka yang beriman sahaja tahu akan erti kasih sayang.

Masihkah ada dendam yang bersisa tika tangan bersentuhan mesra.

Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan.

Manusia tak akan berjaya selagi sentiasa mengenangkan kegagalan yang pernah ditempuhinya.

Untuk mendapat sesuatu yang besar, kita patut banyak berkorban
perkara-perkara yang kecil.

Seorang juara tidak menangguhkan kerjanya.

Tidak berakal seseorang manusia apabila tidak mahu menerima dan meminta nasihat daripada orang lain.

Setiap manusia mahu dihargai, sekurang-kurangnya berilah senyuman kerana memberikan senyuman seperti memberikan orang lain peluang.

Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu bahawa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa dan adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menilai mahalnya setitis air mata.

Orang yang tidak menghormati orang lain tidak akan dihormati.

Hidup tanpa cita-cita, sia-sia. Hidup tanpa usaha tak ke mana.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: