SeCaNgKiR MeSrA

MUTIARA KATA

Posted on: November 7, 2008

Mutiara kata Prof. HAMKA

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.

“Hidup terbina antara pahit dan manis. Kalau selalu sahaja pahit, hati akan menjadi rawan dan kalau sentiasa manis hati akan menjadi bosan ”

Kalau nyata bahawa harta benda tidak dapat menangkis sakit, tidak dapat menolak demam, tidak dapat menghindarkan maut, nyatalah bahawa kesusahan yang menimpa orang kaya, serupa dengan kesusahan yang menimpa orang miskin.

Jika nasihat orang gila itu bagus, orang berfikiran waras tentu akan melaksanakannya.

Kegunaan harta tidak dimungkiri. Tetapi ingatlah yang lebih tinggi ialah cita-cita yang mulia.

Keinginan kepada harta tidak terbatas, padahal hidup sendiri terbatas. Kalau manusia tidak membataskan seleranya sampai matinya dia tidak merasa puas apa yang ada.

Hidup mewah merosak jiwa dan bangsa. Kemewahan menjadi bibit yang memundurkan jiwa. Ukuran mewah atau belum mewah adalah ukuran kesihatan jiwa masyarakat berfikir.

Adil ialah menimbang yang sama berat, menyalahkan yang salah dan membenarkan yang benar, mengembalikan hak yang empunya dan jangan berlaku zalim di atasnya.

Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian.

Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah. Kaya dan miskin di hadapan keadilan adalah sama.

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya.

Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan oarang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya.

Akal membentuk budi, membentuk kebudayaan dan menjerumuskan manusia kepada kehancuran.

Akal ialah anugerah Tuhan kepada makhluk yang dipilih-NYA, iaitu manusia. Akal tidak diberikan semata-mata. Ia perlu dituntun.

Salah satu tugas agama ialah memelihara akal. Memelihara akal ialah dengan jalan menambah ilmu melatih diri berfikir, merenungkannya.

Dalam seni bahasa kita, adalah ‘kunci’ kata-kata itu yang harus diperhatikan. Disinilah terletak halusnya, walaupun hanya empat atau lima baris.

Kita harus yakin bahawa apa yang ditentukan oleh Allah buat kita, itulah yang terbaik.

Mengikut adab kesopanan, tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui, bukanlah orang yang patut dihormati.

Agama tidak melarang sesuatu perbuatan kalau perbuatan itu tidak merosak jiwa. Agama tidak menyuruh, kalau suruhan tidak membawa selamat dan bahagia jiwa.

Maksud agama ialah merentangkan jalan, manakala fikiran ialah membanding dan menimbang.

Tiga sifat yang ditimbulkan oleh agama, iaitu perasaan malu iaitu enggan mendekati suatu yang tercela. Boleh dipercayai di dalam pergaulan hidup (amanah), benar dan jujur.

Kepercayaan kepada Tuhan itu telah ada dalam lubuk jiwa manusia. Tetapi kepercayaan tentang adanya Allah itu belum menjadi jaminan bahawa orang itu tidak sesat.

Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain, walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: