SeCaNgKiR MeSrA

DITAMPAR RIJALUL GHAIB?

Posted on: November 5, 2008

KISAH DAN TELADAN
Kira-kira sebulan yang lalu, jiran saya Mak Mah (bukan nama sebenar), hampir setiap pagi bertandang di rumah saya. Selain meminta pandangan tentang masalah tuntutan di Tribunal Pengguna ada juga di bawa masalah kerisauannya tentang anak bujangnya yang malas buat amal malam Jumaat katanya tak wajib, bid’ah kalau baca Yasin tiap malam Jumaat dan cerita cerita lain tentang “Islam baru’. Mak Mah rasa semuanya apa yang dikatakan oleh anak keduanya yang berkerja di Australia itu begitu pelik. Anaknya itu selalu pula bertekak dengan abang sulungnya yang atas perkara yang sama..

Kata Mak Mah kepada saya “depa belajak betui ka tu.. takutlah Mak Mah dibuatnya. Bila Mak Mah baca Yasin dia bergolek kat depan TV , saja saja baca majalah. Mak Mah suruh dia baca Quran, baca Yasin, buatlah apa apa dapat pahala banyak malam Jumaat. Anaknya kata ‘ Mak buat macam tu bid’ah mak, benda tu bukan wajib, mak buat macam wajib pula’

‘Mak Mah tahulah ia bukan benda wajib, cuma sunat tetapi dari baca baca majalah, tengok TV saja saja baiklah buat amal, baca Yasin ka, baca Qur’an ka, apa salahnya ?”. Tanya Mak Mah pada saya, pening juga saya nak jawap. Lalu saya terangkanlah bahawa mungkin anaknya itu ada mengikuti groups anti bid’ah. Mak Mah kata, bid’ah apa setakat baca Yasin, kita taulah benda tak wajib.. Akhirnya saya kata Mak Mak jangan paksa anak Mak Mah buat amal kalau dia tak mahu, biarah asal dia jaga solat dan rajin jemaah di masjid. Kalau tengkar pun tak guna. Mak Mah minta saya bincang dengan anaknya itu, takut sesat katanya. Saya kata tak payah. sebab itu cuma perbezaan pendapat.

Pada hari Jumaat Mak Mah talipon, beriya-iya suruh saya datang kerumahnya. Walaupun sibuk saya datang juga mungkin ada sesuatu yang nak diceritakan tentang tuntutannya di Tribunal Pengguna . Sampai di rumahnya petang tu, kereta tak ada, katanya anak sulung bawa keluar, tak tahu kemana. Lepas minum petang masih tak ada apa-apa yang serius dibualkan, lalu saya tanyalah apa hal sebenar kerana nampak Mak Mah macam gelisah sahaja.

Lalu mulalah Mak Mah bercerita tentang apa yang berlalu semalamnya, iaitu pada petang Khamis. Anak sulungnya baru balik dari kerja luar, mengambil kereta dan keluar tanpa bercakap sepatahpun. Hati Mak Mah tertanya-tanya dan geram juga dengan sikap anaknya itu tetapi memandangkan Mak Mah puasa maka dia agak sibuk dan tidak kisah sangat, mungkin anaknya keluar sekejab sahaja, pujuk hatinya. Masuk waktu maghrib, selepas berbuka Mak Mah solat dan membaca Yasin di sofa ruang tamu.

Kerisauan berbaur geram namun Mak Mah teruskan membaca surah. Dalam hatinya berkata mungkin anaknya solat Jemaah dan terus ikut baca Yasin di Masjid, itulah yang dia harapkan. Belum habis surah yasin di baca, deruman kereta di luar rumah mengejutkan Mak Mah. Mak Mah berkira-kira dalam hati, ke mana agaknya anaknya pergi kerana jika nak dikatakan ke Masjid, masih awal waktu pulangnya. Di teruskan bacaan Yasin sambil mengunggu reaksi dan cerita anaknya. Pintu depan terkuak dan anak masuk kedalam rumah dan meletakkan kunci kereta di atas meja seperti biasa dan terus meluru bersimpuh memegang tangan Mak Mah, berteleku di lutut Mak Mah sambil berkata ” maaf kan Fir mak, maafkan Fir. ” berulang-ulang,beriya -iya dengan tangannya yang sejuk dedi. Mak Mah semakin panik kerana tak tahu hujung pangkal dan dia menggesa anaknya menceritakan apa yang sebenarnya terjadi..

Lalu diceritakan oleh Firdaus bahawa tadinya dia ke Masjid di Bt 8. Di belakang masjid itu adalah kubur ayahnya. Lepas solat maghrib, dilihatnya cuaca masih terang lalu dia membawa surah Yasin seorang diri pergi ke kubur ayahnya dan membaca di sana. Baru beberapa baris dibaca, satu suara garau menyapa Firdaus “Balik!’ tempik suara itu. Firdaus menoleh sekeliling tetapi tiada orang lalu dia meneruskan bacaan. Sekali lagi suara itu mengherdik “Balik!”, malam semakin kelam, Firdaus mula diburu curiga, dia menoleh lagi kalau kalau memang ada orang yang punya suara itu,gagal. Tiada sesiapa pun bersamanya di kubur itu. Lalu Firdaus meneruskan bacaan lagi, kali ini satu tamparan hinggap di pipinya dengan suara keras mengherdik ” Balik, mak kamu marah”, mendengar itu Firdaus menutup buku Yasin dan bergegas pulang. Jasad yang dicarinya tetap tiada.ghaib.

Itulah ceritanya sehingga Firdaus tiba di rumah dan berlulut depan ibunya. Mak Mah menahan sabar dan terpinga-pinga dengan cerita anaknya. Selesai membaca Yasin, Mak Mak minum bersama anaknya dan menyuruh anaknya membaca Yasin di rumah dan jangan keluar lagi malam itu . Itulah perkara yang membingungkan Mak mah hingga memanggil saya. Mak Mah nak tahu adakah betul ke cerita anaknya itu, adakah arwah suaminya yang punya suara itu atau apa sebenarnya.

Tak dapatlah saya menelah sebab saya bukan nujum pak belang/belalang . Saya kata mungkin rijalul ghaib (agak sahaja) , sebagai petanda anak itu telah menyebabkan hati seorang ibu marah dan terkilan kerana pergi tak minta izin atau tak memberitahu apa-apa. Mungkin kerana hati Mak Mah yang tak tenteram itu menyebabkan anaknya menerima padah..itu sahaja yang dapat saya terangkan kerana dari pengamatan saya memang begitulah nasib anak jika hati ibu terluka.

Saya pun begitu juga, sebab itu selagi boleh bawa, kemana pun saya akan bawa mak saya . Kalau tak bawa dia risau dan macam-macam yang mungkin disangka dan sebahagian sangkaan itu adalah sangkaan buruk yang seolah olah menjadi doa pula dan benar-benar terjadi yang tak baik (kemalangan misalnya). Hal ini terjadi juga pada anak-anak saudara saya bila kakak selalu menyebut hal yang tak baik, sehingga anak bungsu kakak saya selalu pesan , ‘ kalau adik pergi mana-mana mak jangan cakap macam-macam, nanti jadi macam abang ‘ katanya mengingatkan yang abangnya pernah kemalangan kerana engkar cakap kakak . Saya pun selalu kata pada kakak, sepatutnya doa yang baik kalau anak-anak lambat balik , jangan ingat yang bukan-bukan atau marah-marah kerana doa ibu itu hampir dengan Allah.

Nampaknya Mak Mah setuju dengan saya kerana katanya anaknya Firdaus tu memang selalu buat dia terkilan, tak macam anak yang lain yang lebih taat. Bila terkilan, selalu Mak Mah akan fikir yang tak baik, dan selalunya itulah yang akan terjadi.seperkara lagi ialah tentang perbuatan membaca Yasin di kubur tu, tak sepatunya dibuat. Hal itu Mak Mah setuju yang perkara yang tak disuruh oleh agama.

Pengajaran dari kisah benar ini ialah supaya kita sebagai anak jika masih punya ibu hendaklah selalu menghormatinya dengan minta izin/ minta restu sekali pun ibu kita tak tahu apa apa tentang tugas/kerjaya kita. Sekurang-kurangnya dia akan merasa dihormati dan dengan itu dia akan mendoakan yang baik untuk kita.

Bagi ibu-ibu pula selalulah berdoa yang baik dan elakkan sangka buruk sekalipun memang anak itu nakal/jahat kerana kata hati ibu juga didengar oleh Allah s.w.t. Semuga kisah ini bermanfaat.
Wassalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: