SeCaNgKiR MeSrA

RAMAH-TAMAH DALAM KEHIDUPAN

Posted on: November 3, 2008

Dalam pergaulan dan urusan seharian, kita digalakkan untuk mengamalkan sikap ramah tamah bagi memudahkan urusan. Apatah lagi bagi pekerja yang bertugas untuk orang awam, setiap pelanggan tentunya mengharapkan perkhidmatan yang baik dan cekap.

Penerangan yang disampaikan seharusnya jelas dan bersopan. Bahkan seseorang yang berkhidmat itu hendaklah sentiasa membantu mengatasi masalah pelanggannya. Sebaik-baiknya kita hendaklah meletakkan diri seolah-olah kita adalah pelanggan.

Sikap ramah-tamah begini terutamanya kepada golongan yang memerlukan boleh dianggap suatu kebajikan yang tentu mengganjarkan pahala.Hal ini juga mencerminkan akhlak yang baik dan terpuji.

Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Sebesar-besar kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau tidak suka keadaan itu diketahui oleh orang lain.” (Riwayat Muslim)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: