SeCaNgKiR MeSrA

dewimas.com

dewimas.com

Wafi tersenyum happy. Ceria betul pagi ni. Apa taknya..sejak cuti sekolah hingga hari ni asik berkurung kat rumah saja. Bila nak keluar main mesti ibu dan ayah tak beri. Bimbang kena culik la..takut ada orang jahat la..dan seribu satu macam bimbang lagi. Lebih-lebih lagi ibu..bimbangnya sangat luar biasa. Ibu kata tak macam zaman ibu kecik-kecik dulu..bebas lepas macam burung pun tak ada orang nak buat jahat. Ibu kata, zaman ibu kecik-kecik dulu..macam-macam permainan ibu main. Main parit la..main guli..main basikal..main sorok-sorok..main tembak-tembak..pendek kata memang seronok zaman ibu kecik dulu. Zaman dah berubah..dunia dah semakin maju..tapi nampaknya..akal sesetengah manusia ada yang semakin galak nak buat jahat. Jadi Wafi tak der pilihan..ibu kata adalah lebih elok wafi main dalam rumah saja…main apa lagi..PS PS PS..itu jer la..bosan!

Tapi pagi ni Wafi seronok sangat. Sejak malam tadi. Abang dan adik Wafi pun seronok jugak. Ibu dan ayah nak ajak tengok filem Madagascar 2 kat KLCC. Sambil jalan-jalan boleh la makan-makan. Tengok-tengok dunia luar..tak lah terperap saja kat rumah. Maklum saja ayah dan ibu sibuk bekerja. Ayah..walaupun sekolah bercuti..tak habis-habis dengan busy nya. Kursus itu lah..seminar sini lah..ibu pulak..biasalah keje office manalah boleh cuti sesuka hati..nanti kena buang keje pulak. Tapi hari ni memang best ayah dan ibu bercuti..boleh la kami sekeluarga jalan-jalan.

KLCC memang tak pernah surut dengan manusia. Riuh-rendah..bertali arus sini sana. Hari ni Selasa…kan hari bekerja. Tak paham..tak paham. Ramainya orang tak kerja hari ni. Ibu kata KLCC tempat mahal kalau nak shopping. Sehelai T-shirt Wafi ni pun boleh mencecah ratusan ringgit..tapi ibu kata tengok jenama la. Biarlah Wafi tak kisah. Mana la Wafi ada duit nak shopping kat sini. Wafi tengok biasanya ibu dan ayah shopping kat The Store dan Tesco saja. Wafi faham kedudukan ibu dan ayah. Tapi Wafi bersyukur dengan apa yang Wafi ada.

Show start jam 2.30 petang. Wafi memang tak sabar nak tengok filem Madagascar 2 ni. Filem yang pertama dulu memang best. Kelakar giler..tentu yang ke 2 ni lebih seronok lagi. Saat-saat yang dinantikan telah tiba-tiba…….jeng-jengggggg….it’s show time!
Terkekek Wafi ketawa suka. Abang dan adik Wafi pun sama. Gelagat si singa bernama Alex memang betul-betul mencuit hati. Begitu juga si kuda belang bernama Marty..si zirafah bernama Melmand dan si hippo betina bernama Gloria…tak kering gusi dibuatnya…lebih-lebih semasa mereka berjoget dan bergoyang-goyang…kih..kih…kih…tak tahan hati wafi bagai digeletek-geletek..kelakar giler tul. Happy sesangat.
Sedang Wafi terkekek-kekek ketawa…Wafi jeling kat ayah…..alamak…ayah sedang syok tidurrrrr rupanya…macam tak percaya!..erm tak apalah…kesian..ayah penat agaknya. Tapi walau apa pun..Wafi..abang..adik dan ibu sangat enjoy menonton filem ni.

Advertisements

Kita sering terfikir-fikir bagaimana caranya mahu menambahkan pendapatan, bagaimana caranya nak jimat wang, bagaimana kita nak melabur dan sebagainya. Tetapi terfikirkah kita bagaimana kita mahu mengelakkan diri dari kerugian dan kehilangan duit. Maklum saja pengguna internet sering terdedah dengan berbagai skim pelaburan internet yang menjanjikan pulangan yang menguntungkan.

Ok…sekarang cuba kita ambil tips yang berguna dari Jutawan Internet Malaysia Dr. Irfan Khairi mengenai cara bagaimana nak elakkan diri dari tertipu di internet (SCAM). Beliau menggunakan formula NO SCAM.

N-O S-C-A-M

N bermaksud: NAME.

Siapakah nama di sebalik sesuatu pelaburan atau peluang perniagaan
tersebut. Sering kali, SCAM dilakukan oleh mereka yang suka menyorokkan identiti mereka. Jadi, pastikan anda ketahui nama
sebenar dan juga maklumat peribadi siapakah yang mengendalikan
sesuatu pelaburan atau peluang menjana pendapatan itu.

O bermaksud: OVER PROMISE.

OVER PROMISE. Pelaburan atau peluang yang menjana pendapatan yang
diberikan adakah ianya over promising? Atau janji yang lebih-lebih
dan tak masuk akal? Ketahui bahawa menjana pendapatan yang lumayan
bukanlah perkara yang mudah. Mana ada goyang kaki, duit masuk
(melainkan bisnes menjahit). Kebanyakan SCAM akan menipu mangsa
dnegan cara membuat janji-janji manis berlebihan, atau OVER PROMISE!

S bermaksud: SEARCH.

Internet penuh dengan maklumat-maklumat. Dan maklumat di Internet
bersebar dengan pantas. Oleh itu, apa kata anda menggunakan
kekuatan Internet ini untuk membuat sedikit research. Anda perlu
membuat SEARCH atau CARIAN, terutamanya di Google.com. Masuk
http://www.Google.com dan lakukan research dengan cara type nama
pemilik program tersebut. Atau, typekan nama syarikat. Atau type
nama program atau sistem yang digunakan.

Dengan hanya menggunakan SEARCH di google, anda pasti akan
mengetahui banyak maklumat-maklumat seperti pelanggan tidak berpuas
hati, dan sebagainya. Cara ini amatlah efektif, tetapi, sayangnya,
ramai yang terjerat dalam SCAM, salah diri juga kerana tidak
melakukan research, dengan hanya menggunakan SEARCH di GOOGLE.COM!

C bermaksud: CONTACT.

Pastikan anda mempunyai contact details lengkap syarikat atau
perniagaan tersebut. Sekali lagi, mereka yang melakukan SCAM suka
menyorok dan berselindung. Jarang sekali mereka dedahkan alamat,
nombor telefon, cara hubungi, dan lain-lain. Sekiranya ada, apa
kata anda cuba hubungi secara offline untuk memastikan kewujudan
CONTACT details mereka. Ingat, wang anda dalam keadaan bahaya
sekiranya tertipu. Oleh itu, apa kata usaha lebih sikit supaya tak
terjerat!

A bermaksud: ASK.

Tanya orang ramai. Tanya kenalan-kenalan dan tanya juga pakar-pakar industri!. Jangan hanya tanya kenalan yang mempromosikan sesuatu
program tersebut, kerana mungkin mereka juga tertipu dengan SCAM.
Tanya orang lain juga supaya kita lebih banyak maklumat tentang
sesuatu program sebelum melaburkan our hard earned money! Islam
juga menggalakkan kita banyak bertanya untuk mendapat ilmu.
Pastikan anda mempunyai ilmu supaya tidak tertipu. Tanya – tanya
dan tanya lagi!

M bermaksud: MAKE SURE!

Pastikan anda melakukan kesemua di atas! Ulang kembali langkah
N-O-S-C-A-M sehingga anda 100% berpuas hati dan rasa selamat dengan
pelaburan anda. Sering kali mereka yang terjerat dengan SCAM,
sebenarnya, sebelum menyertai telah ada “rasa tak sedap hati”.
Tetapi, sebabkan perasaan “ingin tahu” dan juga “cepat kaya”
memenangi diri, maka, kita pun tertumpas dengan janji-janji manis
SCAM.

Sekiranya anda tertipu dengan SCAM, bukan sahaja anda rugi
WANG. tetapi, anda juga akan rugi MASA dan USAHA anda dalam
memperolehi dan menjana wang tersebut! Dan yang penting juga, anda
akan rugi dan kehilangan keyakinan anda dalam memulakan perniagaan
dan pelaburan yang sebenar. Bila hilang keyakinan, self esteem akan
kurang, dan kita mula stress… harapnya tidak terjadi pada kita ok?
🙂

Baca kembali NO SCAM di atas dan fikirkan. Kalaulah semua kita
ikuti langkah-langkah ini, insyaallah tiadalah yang terjerat dengan
SCAM-SCAM yang berlaku keliling kita.

Bagi anda yang pernah terkena SCAM, apa kata anda rujuk semua di atas dan cuba jawab point-point di atas. Adakah anda melakukan segalanya sebelum
terkena SCAM tersebut?

* N – NAME
* O – OVER PROMISE
* S – SEARCH
* C – CONTACT
* A – ASK
* M – MAKE SURE!

http://www.rahsiainternet.com

Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

Meski
Pagi itu menatapi
Akan sunyi tanpamu
Menemani aku sepi

Tanpa.. Cintamu aku resah
Tanpa.. Kasihmu aku hampa
Tanpa.. Dirimu aku mati
Hohoo…

Tanpa.. Cintamu aku resah
Tanpa.. Kasihmu aku hampa
Tanpa.. Dirimu aku mati
Hohoo…

Tanpa.. Cintamu aku resah
Tanpa.. Kasihmu aku hampa
Tanpa.. Dirimu aku mati
Hohoo…
Kini benar-benarku rasakan
Dalam benuk hatiku tanpamu
Ku tak mengerti
Takut
Takut jauh dari dirimu
Kan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpamu ku mati
hohoo…

Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

Tanpa.. Cintamu aku resah
Tanpa.. Kasihmu aku hampa
Tanpa.. Dirimu aku mati
Hohoo…

Tanpa.. Cintamu aku resah
Tanpa.. Kasihmu aku hampa
Tanpa.. Dirimu aku mati
Hohoo…

dewimas.com

dewimas.com

Kau membiusku dengan cinta
Cinta yang malu kukatakan
Kau membiusku dengan cinta
Sampai aku tak bisa berkata

Kau membius sampai aku jadi sering melamun
Memikirkan kita bisakah bersama

Aku dibius Cinta
Cintamu yang tak ada tandingan
Namun mungkin tak bisa
Entah ku tak tahu…

Kita yang malu hati untuk mengakui saling cinta
Usaha sekeras hati bersama selamanya
Aku dibius cinta…

Kau membiusku dengan cinta
Cinta yang malu kukatakan
Kau membiusku dengan cinta
Sampai aku tak bisa berkata

Kau membius sampai aku jadi sering melamun
Memikirkan kita bisakah bersama

Aku dibius Cinta
Cintamu yang tak ada tandingan
Namun mungkin tak bisa
Entah ku tak tahu…

Kita yang malu hati untuk mengakui saling cinta
Usaha sekeras hati bersama selamanya

Kita yang malu hati untuk mengakui saling cinta
Usaha sekeras hati bersama selamanya

Aku dibius cinta…

Aku dibius cinta…

Serangan Jantung dan Minum Air Suam

Fakta ini sangat bagus …. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung … Masyarakat Cina dan Jepun minum the panas untuk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan.

Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.

Petanda Lazim Serangan Jantung

Amaran berkenaan serangan jantung – Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri. Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.

Kata pakar kardiologi (jantung), jika seseorang telah membaca fakta ini, sebarkanlah ia kepada orang lain yang dikenali, anda mungkin tidak mampu menyembuhkan pesakit, tetapi anda sebenarnya berjaya menyelamatkan seseorang dari menjadi pesakit.

Ramai kat luar sana yang tak tahu. Saya tahu pun dari stokist gas sebab ada insiden yang berlaku.
Selinder gas yang dah expired tidak selamat diguna dan boleh menyebabkan accident. So hati-hati bila menerima selinder gas dari penjual gas.

Di sini caranya bagaimana memeriksa selinder gas LPG :

Di salah satu sisi selinder gas expiry date akan dikodkan secara alpha-numerical seperti berikut;

A , B , C atau D diikuti dua digit, contohnya D06.

Huruf bermaksud suku ke berapa dalam satu tahun –

A utk March (Suku pertama),

B utk June (Suku kedua),

C utk Sept (Suku ketiga), &

D utk December (Suku keempat).

2 digit itu pula menunjukkan sehingga tahun berapa selinder itu selamat digunakan.

Jadi D06 bermaksud selamat digunakan sehingga December 2006.

Kongsi message ini dengan rakan-rakan anda. Ia mungkin dapat menimbulkan kesedaran dan menyelamatkan nyawa

Diceritakan oleh seorang rakan,

Hati-hati!!! Udang + Vitamin C = Racun!

Cerita di bawah ini perlu diberitahukan kepada keluarga, dan semua teman atau orang yang anda sayangi…

Peristiwa ini terjadi di Taiwan, ada seorang wanita meninggal mendadak dengan lima pancaindera keluar darah, setelah diselidiki ternyata wanita ini meninggal bukan kerana bunuh diri atau dibunuh melainkan tetapi kerana keracunan makanan.

Wanita ini kebiasaannya mengambil Vitamin C setiap hari, ini tidak menjadi masalah, masalahnya kerana malam itu wanita tersebut banyak makan udang, sebenarnya cuma makan udang saja tidak masalah, keluarganya juga banyak makan udang malam itu dan tidak ada yang meninggal.

Pada dasarnya udang mengandung Arsenic Pentoxide (As2O5), berhubung habis makan udang wanita itu mengambil Vitamin C , dan terjadilah reaksi kimia di dalam perut membuat As3O5 berubah menjadi Arsenic Trioxide (As2O3) yang sangat beracun, mengakibatkan hati, jantung, ginjal, pembuluh darah rosak, usus keluar darah, pembuluh darah melebar hingga wanita itu meninggal dengan kelima panca indera keluar darah.

Jadi hati-hati, selepas banyak makan udang, jangan ambil Vitamin C pada satu masa yang sama.

dewimas.com

dewimas.com

Keistimewaan yang bakal diperolehi apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; ‘Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.’

Sabda Nabi SAW; ‘Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi.’

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; ‘Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?

‘Jawab baginda; ‘Berbaktilah kepada ibu bapamu.’

Kata lelaki itu lagi; ‘Ibu bapaku sudah tiada lagi.’

Sabda Nabi SAW; ‘Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.’

Wallahualam bissawab .

Renung-renungkan dan selamat beramal…

Tags:

ADVERTISEMENT

Blog Stats

  • 1,371 hits

Dewimas Calander

May 2018
M T W T F S S
« Jan    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Dewimas Archives

Top Clicks

  • None

Pages

Advertisements