SeCaNgKiR MeSrA

Archive for November 11th, 2008

Ketahui bagaimana caranya menjual lebih 200 barangan di E-bay, walaupun anda tidak mempunyai stock. Di sini anda akan diterangkan dengan lebih terperinci bagaimana untuk menjadi seorang usahawan E-bay.

Semasa Nabi Isa berjalan di satu kawasan perkuburan, ia terdengar suara dari dalam satu kubur suara lelaki yang menjerit-jerit meminta tolong dan dalam kesakitan yang amat sangat… Nabi Isa ingin mengetahui apakah yang telah terjadi kepadanya Sebagaimana yang kita tahu nabi Allah Isa mempunyai mukjizat boleh menghidupkan orang yang sudah mati. Maka nabi Allah Isa pun memohon doa kepada Allah SWT sambil menadahkan tangannya ke langit supaya menghidupkan lelaki tersebut.

Doanya dimakbul oleh Allah SWT, maka terbelah kubur itu dan keluarlah seorang lelaki yang sedang terbakar menjerit-jerit meminta tolong. Melihat akan keadaan lelaki tersebut, maka ditanya oleh nabi Isa kepada lelaki itu apakah kamu tidak sembahyang sehingga kamu diseksa sebegini. lelaki itu menjawab.. bahawa ia tidak meninggalkan sembahyang. ditanya lagi oleh nabi Isa adakah kamu tidak berpuasa.. lelaki itu menjawab… saya berpuasa dan lelaki itu pun berkata sesungguhnya ia taat akan perintah Allah SWT… . maka ditanya oleh nabi Isa lagi apakah yang kamu lakukan sehingga kamu diseksa sebegitu rupa? Maka berceritalah lelaki itu… Saya bekerja sebagai penjual kayu api dan saya akan mencari kayu api di hutan dan menjualkannya kepada sesiapa yang hendak membelinya.

Maka pada suatu hari datanglah seorang pembeli menemuinya utk membeli kayu api lalu diberinya wang dan disuruhnya hantar ke rumahnya . Maka pergilah saya mencari kayu dihutan dan apabila sudah dapat seberkas kayu di ikatnya elok-elok dan pergi lah saya hendak menghantar ke rumah si pembeli itu..

Dipertengahan jalan, saya merasa lapar dan teruslah saya berhenti untuk makan… . selepas itu saya pun meneruskan perjalanan ke rumah pembeli kayu itu. Sedang saya berjalan, saya terasa ada sisa makanan yang terselit dicelah gigi saya. maka dicuba berbagai cara mengeluarkannya dgn lidah tetapi tak berjaya… . kemudian dicubanya dengan menggunakan kukunya… tetapi tak berjaya juga. Akhirnya saya pun dengan menggunakan kuku saya mencungkil kayu api yang dipikul itu utk dibuat mencungkil gigi.

Maka akhirnya dapatlah mengeluarkannya. Maka saya teruskan perjalanan dan setelah sampai ke rumah si pembeli itu, saya pun menyerahkan kayu api itu dan terus pulang. Oleh kerana saya tidak meminta halal akan kayu yang saya cungkil dengan kuku saya tu, maka saya diseksa selama 70 tahun sebagaimana yang tuan lihat. Saya menyangka Allah tidak melihat akan perkara yang sekecil ini… . astaghfirullah al azim…
elok lah kita ambil ikhtibar akan riwayat ini…

Adakah kita pernah mengambil barang-barang drpd office samada drpd sekecil-kecilnya seperti paper clip, eraser dan sebagainya dan dibawa balik ke rumah untuk digunakan sendiri ataupun diberikan kepada anak-anak kita
Dan juga barang-barang orang lain yang kita pinjam tetapi tidak dikembalikan? Sekecil-kecil barang seperti tupperware, CD dan sebagainya.. ..?

Sesungguhnya takutlah kita akan azab Allah kerana mati itu adalah benar…
Azab neraka itu adalah benar…
Dan syurga itu adalah benar…

wassalam…

Tags:

KUALA LUMPUR 10 Nov. – Nilai kompaun bagi saman trafik tertunggak di seluruh negara kini mencecah RM1.2 bilion meliputi pelbagai kesalahan.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, jumlah itu meliputi pesalah yang dikenakan tindakan waran tangkap dan juga saman ke atas pesalah trafik yang belum dikemas kini alamat masing-masing.

Katanya, semakan yang dibuat di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapati kebanyakan pesalah trafik itu tidak mempunyai alamat terbaru.

Sehubungan itu, beliau memberitahu, polis sedang bekerjasama dengan JPJ bagi mengemas kini data-data terkini pengguna jalan raya.

“Langkah ini dibuat bagi mengelakkan rungutan pesalah trafik terutama mereka yang gemar memberi alasan tidak tahu-menahu mengenai saman trafik kerana telah berpindah,” katanya.

Musa berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis pelancaran e-payment bagi pelanggan-pelanggan Maybank di pusat beli-belah Mid Valley di sini hari ini.

Turut hadir ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Timbalan Pengarah Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Ahmad Fuad Abdul Aziz dan Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Abd. Aziz Yusof.

Musa memberitahu, bagi memudahkan pembayaran kompaun saman trafik, pelanggan Maybank kini boleh menjelaskan bayaran melalui e-payment yang diperkenalkan sejak 3 September tahun lalu di 85 kaunter bank itu di seluruh negara.

Katanya, pembayaran melalui kaedah tersebut terbukti berkesan apabila sehingga bulan ini polis telah berjaya mengutip sejumlah RM7.45 juta melalui cara itu.

Beliau menjelaskan, orang ramai yang membayar melalui e-payment tidak boleh membuat rayuan berbanding jika mereka menyelesaikan tunggakan saman di kaunter polis.

“Dalam sistem e-payment, kita secara automatik tetapkan nilai kompaun yang minimum dan munasabah dengan mengambil kira pelbagai faktor dan jenis kesalahan,” katanya.

Musa memberitahu, empat kesalahan utama iaitu melanggar lampu isyarat, memotong barisan, memotong garisan berkembar dan memandu melebihi had laju tidak boleh dikompaun.

Jelasnya, kaedah e-payment itu bukan saja memberi manfaat kepada kerajaan malah kepada para pembayar bagi mengelakkan mereka dihadapkan ke mahkamah atas kegagalan menyelesaikan saman.

Beliau berharap dalam masa yang terdekat e-payment dapat diperluaskan penggunaannya bukan sahaja melalui kad kredit atau debit di kaunter-kaunter polis malah secara online dan mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Sumber : Utusan Malaysia
11 November 2008


ADVERTISEMENT

Blog Stats

  • 1,481 hits

Dewimas Calander

November 2008
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Dewimas Archives

Top Clicks

  • None

Pages